Ahad, 19 Julai 2009
, 2:08 PG
|1| Ringan tulang... kalau boleh sampai je rumah diorang, terus siram pokok-pokok bunga atau cuci kereta ayah kekasih korang tu. '2' Pilih pakaian yang sesuai... tapi kalau nak berlakon warak pun, tak payah la berjubah mengalahkan Pak Arab. ¿3¿ Jaga tatabahasa korang dengan sempurna... kalau lidah korang dah tune dengan loghat negeri, tak yah la nak control cakap luar pulak. ~4~ Tumpukan perhatian... maksudnya beri perhatian ketika berbual dengan mereka, bukannya menumpukan perhatian adik kekasih yang lebih cun. ¡5¡ Kalau boleh jangan pulak terlalu jujur... kalau ditanya pernah bercinta tu, tak payah la cerita dengan penuh detail tahap hubungan korang yang lampau. _6 _ Jangan sesekali cuba untuk berbohong... nak-nak lagi kalau korang memang jenis tak pandai nak menipu. ^7^ Sebaiknya bawak la buah tangan... kalau terlupa tu, jangan pulak main petik buah mangga ke rambutan jiran berdekatan.
Label: Tips: Jumpa Keluarga Kekasih..hehe..